Friday, 19 December 2014

ALHAMDULILLAH 22 TAHUN SUDAH BERLALU

Assalamualaikum member2 sekalian....
apa habaq? sy doakan hampa smua sihat belaka dan sentiasa didalam keadaan kuat iman dan tubuh badan...

Alhamdulillah..... sudah genap 22 tahun sy dilahirkan didunia ini. Dunia dimana menjadi tmpt persinggahan  bg kita mengumpul pahala sebagai bekalan di akhirat nant...


Namun sy juga 'most of the time' LALAI dengan hal dunia. Sy lalai dengan permainan dunia, dimana duit, pointer, kuliah, asgnmnt adalah keutamaan melebihi dari ibadat kepada ALLAH... moga taubat ku diterima...

Dalam perjalananku mencari taubat yg sebenar-benarnya, banyak kali ak kecundang kpd hasutan syaitan. Ak masih lg lemah, Setakat ni bole dikatakan perjuangan sy dalam berhijrah ke arah kebaikan ni kejap ON kejap OFF.. yup, that's me.... Im weak...

Perjuanganku akan diteruskan juga, walau jatuh, akan ku bangkit keranaku tahu ALLAH maha pengampun, walau dosa sebesar gunung, bila kita bertaubat dengan sebenar-benarnya taubat, maka dosa kita akan diampunkan...

Hajatku pada umur 22 ini adalah agar ak dapat berhijrah sepenuhnya, no more on and off... moga ak mendapat taubat nasuha. Ak juga bercita-cita menjadi 'lelaki subuh'.... Insyaallah.....



Thursday, 27 November 2014

Busy Final Year Student

Assalamualaikum,

apa khabar sahabat sekalian, moga kalian dlm keadaan sihat rohani dan jasmani, Moga kalian mendapat hidayah daripda ALLAH S.W.T. agar kehidupan kalian diberkati di dunia dan di akhirat.

Kemana ku menghilang beberapa bulan tanpa update blog ?

   Alhamdulillah aku telah melangkah ke tahun akhir pembelajaran Ijazah Kejuruteraan Elektrik $ Elektronik, Aku membawa projek Ijazah bertajuk 'Intelligent Garden' control of garden system through Android. Susah tak? Android adalah satu topik yang blum pernah ak sentuh/belajar. bahkan dalam Fakulti ak x ramai lecturer yang boleh membantu. Memang azablah nak study, research untul projek ni. Syukur kepada ALLAH S.W.T aku telah lepas Pembentangan Projek untuk semester pertama ini. Projek aku telah di sokong ramai lecturer dan aku dipilih untuk menyertai pertandingan INNOVATE MALAYSIA 2015 dibwah sponsor INTEL industry.

   Innovate Malaysia memberi ku peluang untuk menyerlahkan kebolehanku dan mungkin membantuku untuk menyerlah di mata industri elektronik dan insyaallah memudahkan aku untuk mendapat pekerjaan suatu hari nanti. "Big dream come with big responsibility" aku terasa takut juga dengan beban dan harapan yang diberikan kepadaku ini. tp aku sentiasa ingatkan diriku "ALLAH tidak akan uji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dipikul" usahaku dan cara ku hadapi ujian ini yang menentukan kejayaanku. Dengan izin ALLAH aku akan berjaya. Aku harap kalian dapat doakan kejayaanku.

How was my lifestyle?

  Tahun akhir ni ak menetap di luar kampus, tiap2 hari p kelas naik bas. Ak x complain, cuma aktiviti Takwondo aku tergendala larh...huhuhu.... Fitness drop trus.... Aku perlu usahakan alternatif untuk kekalkn fitnessku insyaallah...

  Everyday life as usual larh,. naik bas pkul 7.10am ke universiti, balik semula ke kampus pkul 4pm.
masa lapang aku guna lepak2 kat surau or g bersembang dengan lecturer . Aku cuba untuk rapat dengan semua Dr pensyarah fakulti aku dengan niat nak absorb ilmu diorg yg boleh membantu dalam projek aku. Petang buat assignment, malam lepas isyak smbg buat assgmnt gak, Tepat pkul 10++pm aku shutdown./ tidur bgun pkul 3am. Alhamdulillah ak dpt kesempatan utk solat tahajud dan kalo rajin berqiamullail, Selesai ibadat, then buat research or study. Ak lagi prefer study and research pagi2 buta sebab suasana tenang dan internet pon laju.. Insyaallah aku akan cuba perbanyakkan ibadat qiamullail  di masa depan

Social life ?

Still the same principle, 'never trust anyone'. Ak x akan bergantung/berharap kpada org lain. Apa2 hal ak cuba buat sndri, klo dpt bantuan org lain tu kira bonus la. Ak xde term 'friendship' hanya 'friends with benefit' sebab apa? sebab ak xnak jdi cam zaman sekolah dulu, terlalu rapat ngn kawan, then bila dikhianati / diabaikan, maka sakit lah hati. so sekarang ak xde la geng nk melepak, ak bawak hal aku sendirian.

Sunyi tak?

Memang larh kadang2 rasa sepi keseorangan, tp ak sentiasa igat, "sebaik-baik teman adalah ALLAH S.W.T." apa2 hal aku mengadu dalam doaku. Lagipun ak masih ada keluarga, kakak2 n abang aku dah kahwin, xda la masa/perhatian untuk ak.  TAPI, aku masih ada IBU, ayah aku dah meninggal dunia sejak aku darjah 5 lagi, so sekarang ak dan ibu aku hanya ada satu sama lain, ak memberi / menagih kasih sayang IBUku saja. Aku sayang ibu aku, dialah orang pling banyak berkorban untukku, tiada orang yang lebih penting daripada IBU.

Love matter?

(censored)..hahaha. lets just say, Ive not yet fall in love with anyone else since her (2010).
HAHAHAHA !!!! xda lagi yang aku berkenan nak buat bini dan ibu kepada anak aku.
Demi ALLAH, hati aku tidak tertarik kepada wanita lain setelah Sakinah Mansor.  

walaupun aku ada perassan terhadap dia, namunn aku cuba menjaga batasku, aku jarang2  mesej dengan dia, Ak pendamkan dulu perasaanku sehingga aku sudah bersedia (dah ada pkerjaan yang stabil). Ak memasang niat untuk memperisterikan Sakinah. Insyaallah... jodoh ditangan ALLAH,
"We dont know the future sets by ALLAH, only ALLAH knows what best for us"




Nah, update gambar latest aktiviti aku, ROBOACT UMP







Monday, 8 September 2014

Internship Experience

Assalamualaikum

setelah 2 bulan tanpa post harini ak kembali berkongsi kisah hidup bersama hampa.
Cuti sem yang lepas ak jalani latihan industri di GOTT Sdn Bhd di Bayan Lepas, Pu;au Pinang
seronok tak? HAHHAHAHAHA secara ringkas ak katakan pengalaman ngeri / nightmare.

GOTT ni company buat trainer board. Ak ni student Electrical Engineering, dia bole plak pi letak ak kat tempat kerja2 mechanical. Kerja ak overallnya melibatkan membuat aluminium mgikut spec yg dperlukan. Machine yang ak guna milling,jet drill, rivot ngn CNC. Ak hargai pengalamn tersebut walaupun x kena dengan Jurusan ak. Nak taw apa yg x best ? BOSS

Boss GOTT ni cina, orang atas2 managemnet pon cina. Engineer ada la berapa kerat melayu. Cukup terasa racism disana. Selama ak hidup ak x pernah nak benci cina, tp masa intern tu boss tu buat ak benci gila kat dia. Dia sound ak ok lg la ak terima asalkan beradab. Ni tak maki pon ada kluaq. ak igat kat ak ja dia buat hal rupanya engineer melayu atasan pon dia dok maki.

Banyak lg kejahilan cina tu, xpa la ak cita cikit ni cukup la, buat dosa ja...huhuhu....
Ak hanya berdoa agar dia diberi hidayah untuk berubah sikapnya tu.

Sekarang ak dah balik UMP, alhamdulillah... bila jumpa member cina kat sini ak rasa bersyukur n gembira sebab depa x bersikap mcam boss ak tu. To all my chinese friend, I thank you for all your kind treatment towards me. I hope we can be friend to the end. Forgive for all my wrong towards you guys. It's fun to be friend with you guys

Friday, 6 June 2014

MANUSIA / HUMAN / Homo sapiens

Assalamualaikum

sekarang sudah masuk minggu 'study week' untuk semester 6.... Mood study ak? baru 50% hadir dlm diri... huhu...

Hari ni ak terpikirkan tentang kejadian manusia. Mengapa kita dicipta? apa tanggujawab kita? kita hidup ni untuk 'Enjoy' ka?

" Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. "  
- Surah Al-Baqarah: Ayat 30

"Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?"  - Surah Al-Qiyaamah : Ayat 36

"Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
 - Surah Al-Mu'minuun: Ayat 11

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu (Allah)." (Surah az-Zarriyat, ayat 56).


Setelah berfikir baru ak sedar, Kita sebenarnya keseorangan.
Kenapa?
kita manusia dicipta untuk beribadat kepada Allah. Keluarga,kawan,kekasih ? mereka adalah kasih sayang yang dipinjamkan kepada kita oleh ALLAH S.W.T. Kadang2 oleh sebab kebahagian dengan kasih sayang disamping mereka kita terlupa dan lalai dengan tanggungjawab kita sebagai manusia. 

Ak baru paham, kerana ak dah merasa kehilangan ayah. Ak dah hilang satu sumber kasih sayang yang dipinjamkan ALLAH S.W.T kepadaku.
Kesemuanya, kekayaan, kasih sayang malah diri kita ini adalah milik ALLAH S.W.T.
Namun kenapa kita susah nak nampak hakikat ini? 
Keindahan dunia, hasutan syaitan.
Ingatkah kalian, syaitan sudah berjanji akan selamanya berusaha menyesatkan anak2 adam kerana keangkuhannya.

Sedar lah sahabat, kita adalah milik ALLAH S.W.T setiap nafas adalah dengan izinnya, janganlah kita lupa. Solatlah kusyuk sebolehnya, kita usaha nak kejar duit, keindahan duniawi, namun kita tidak menjaga hubungan kita dengan penciptanya?

Aku sedar akan hakikat ini, ak hanya mampu berdoa memohon keampunan atas segala kelalaianku diatas dunia ini, Moga ak tidak akan terlupa siapa diriku.

Ak hanyalah MANUSIA (khalifah di muka bumi ALLAH S.W.T)


P.S : Ak rindukan ayah.

Friday, 23 May 2014

Badan Sihat Mudah Ibadat

Assalamualaikum sahabat sekalian....

kali ni ak nak kongsikan pengalaman ak dalam soal ibadat....
Bagi ak tanpa kecergasan dan kesihatan badan akan mnjadi lemah dan malas...


Ak perasan dulu masa sebelum tournment taekwondo ak selalu jog n exercise petang2 n pmakan pon ak jaga dengan rapi, badan ak terasa rajin n kuat utk beribadat. nak p masjid pon semangat.



Sekarang, ak jrang2 jog, biasa la... hujung2 sem, asignmen bertimbun...(alasan....)
ak dah jarang2 pulak ke masjid....Adoyai....

So ak bertekat ak akan cuba aktif seperti dulu walau sesibuk mana....



Berikut adalah dalil pasal kesihatan jasmani

" Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata " Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah " Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau' itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. " 
(Riwayat Muslim)

Monday, 28 April 2014

Nasihat buat Adik-adikku

Assalamualaikum w.b.t

wahai adik-adikku, ak ingin mintak maaf terlebih dahulu sekiranya teguranku ni mengguris hati korang.
       Ak mintak maaf jika selama ni ak menjauhkan diri dari korang. tapi ada sebab disebalik tindakan sebegitu. Ak bukanlah seorang yang alim, tapi ak tahu tggjwab keatas ak apabila tidak menegur kemungkaran dihadapan dan apatah lagi kemungkaran yg dilakukan oleh sseorg yg rapat dgn ak.
     
       Ak tahu adik-adikku cantik belaka, namun janganlah terlalu ditunjukkan kecantikkanmu itu. Perliharalah ia untuk suamimu di masa depan.
    Ak risau ngn korang lebih2 lagi bila korang bergambar. takot gmbar tu suatu hari nant membawa kepada fitnah. kacau rumah tgga korg nant. Lelaki mana yg x terasa apabila tgok gmbar isteri diorg x mnutup aurat dan rapat2 dgn lelaki lain

Disini ak lampirkan dalil-dalil mengenai kewajipan menutup aurat


 Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

 Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.”
 [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]




Sejujurnya ak ingin mengenali korang dgn lebih rapat. Namun, ak msih lagi insan yang lemah, dah bertimbun dosa atas ak ni, Ak harap korang x terasa k. xpe korang bole berubah secara perlahan-lahan. Tapi ingat ini hanya sementara pintu taubat masih terbuka. Ak pon dalam proses berhijrah ke arah yang lebih baik. Jom sama2 kita berubah. Insyaallah kita dapat bersama2 mencari pahala dan redha ALLAH S.W.T...



p.s : ak akan beri hadiah kepada korang bila ak dah nampak usaha untuk korang berubah. MAHAL pya hadiah
SERIUS

Monday, 21 April 2014

SUJUD SAHWI

assalamualaikum.....
alhamdulillah skli ak diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu bersama kalian...

hampa pernah x terlupa baca doa qunut masa solat subuh?
ini terjadi pada ak pagi td. ak dah perasana ak lupa baca doa qunut so lepas baca tahiyyat akhir ak buat la sujud sahwi 1 sujud ja.. ak igat betul dah....



namun ternyata ilmuku tntg sujud sahwi masih belum myeluruh.
jom sama2 kita baca mengenai sujud sahwi ni.






Sujud Sahwi adalah “sujud tambahan”  karena lupa, maksudnya sujud dua kali karena ragu atau terlupa salah satu rukun shalat, baik kelebihan maupun kekurangan dalam melaksanakannya. Sedang hukumnya adalah sunat mu’akad.

“Dari Abdullah bin Buhainah Al-Asdiy bahwasanya Rasulullah sallallahu alayhi wasallam pernah bangkit berdiri dalam shalat Dhuhur padahal mestinya duduk (attahiyyat awwal), maka setelah selesai shalat, dalam keadaan duduk sebelum salam beliau bersujud dua kali, dan beliau bertakbir pada tiap-tiap sujud dan para makmum juga mengerjakan sebagaimana yang dikerjakan beliau untuk mengganti duduk (attahiyyat) yang terlupa itu.” 
 (HR. Muslim 1 : 399)


BILANGAN SUJUD
Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud dan pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih berikut :



سُبْحَانَ مَن لاَيَنَامُ وَلايَسْهُو

Maksudnya: “Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”



So kesilapan ak sujud sahwi tadi adalah kerana ak sujud sekali sahaja..
igat taw kawan2... sujud sahwi ini selepas tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.

Saturday, 12 April 2014

Ampunilah aku Ya Allah

Assalamualaikum,

Sungguh diriku ni lemah, kadang kala terbabas jgak ke lembah dosa. ak berasa sangat malu dengan kelemahan imanku ini. Ak hya mampu memohon kemaafan daripada Allah S.W.T


Hadis ke 42 Hadis Imam Nawawi

Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).

Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.

Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan”

(Riwayat Tarmizi)

Aku takkan mengalah dalam megukuhkan imanku, Moga suatu hari nant ak berjaya memiliki iman yg kekal dimana dpt menepis hasutan syaitan dan nafsu ku.
Sementara itu, ak hya mampu memohon kemaafan drpd Allah S.W.T



Sahabat..... doakan lah perjuangan diriku yg lemah ini.

Saturday, 5 April 2014

Kesibukan Dunia

Assalamualaikum hadirin sekalian,
Alhamdulillah.. akhirnya hari ini ak diberi kesempatan untuk menulis lg di blog ni setelah nk dkat sebulan x update...

2-3 mggu lepas ak sibuk dengan pelbagai event..Takwondo tournament, project microprocessor, Test, Test, Test,Test, Test dan Test.... dlm smggu dan upgrading TKD...

Alhamdulillah... segala urusan ak telah dipermudahkan Allah S.W.T dan di berikan secebis nikmatnya...

Tournament Taekwondo ak berjaya mendapatkn dua medal, kedua-duanya dalam ketegori sparing (individu dan kumpulan).. Padahal dlm kategori ni ada 2 org  black belt.. Ak ni baru blue belt ==... kategori pulak heavy weight... FYI berat ak msa tu 79kg peserta lain2 average 90kg. bayangkanlah peritnya apabila diasak raksasa2 tu... Alhamdulillah ak berjaya jugak harungi shingga ke final. Dan Final ak ada 2 kategori, kumpulan dan individu

Mula2 kategori kumpulan, ak kna fight 2 match yg opponent dia.. tuuuu...diaaaa... 100++ kilo.
dan akhirnya ak tewas pada sorg yg bersaiz gorilla (Fit) dan dgar kata dia wakil sukma angkat berat negeri kelantan. Berat dia 110kg, bayangkan......

Then kategori indvidu, match final individu ni ak terpaksa biarkan kalah, sebab badan ak dah x bermaya (injured) stelah dihentam gorilla td.

Ni gambar medal ak dalam kategori separing  tahun lepas dan tahun ni.
p.s: Gold tu tahun lepas


Selesai tournament TKD, mula lah mggu yg penuh dgan Test... 5 subject ak test dalam seminggu.
Tapi alhmdlillah. ak rasa tenang dan bole jawap kebanyakannya. Dan project microp ak satge 1 dah selesai tanpa msalah...

Semalam pulak ak ada upgrading TKD untuk naik level tali pinggang. Alhamdulillah... ak dapat double promotion.. dari blue belt, ak trus jump ke red belt... Ni betul2 pya rezeki, ak practice 2 mggu jer.. tp tiap2 hari lah... Now i'm a Red belt fighter !!!

Blue belt yg byak kenangan

 
Alhamdulillah... dalam kesibukan dan kesakitan dalam urusan ak, ak msih berdisiplin dalam solatku. Solat jemaah mghrib dan isyak di masjid msih ak dpt kekalkan dalam khidupan seharian. Bg ak, semua aktvt yg ak lakukan ni adalah kerana Allah S.W.T. bermain TKD utk menyihatkan tubuh utk beribadat, Study untuk mggunakan ilmu tersebut memartabatkan agama Islam. Sungguh hidup dan matiku hanya untuk Allah S.W.T....




Wednesday, 19 March 2014

Adab dalam Berbicara

Assalamualaikum w.b.t

harini ak nak bercerita psal adab dalam berbicara. Ak mengaku ak sendiri ada kadang2 terlepas prkataan yg buruk dan mempersendakan orang lain.

Apabila ak pulak yg terkena dgn manusia yg x menjaga adab berbicara ni sakit jugak hati.Tapi alhamdulillah,,, ak msih diber kekuatan utk bersabar. Moga Allah memanjangkan kesabaran ak.


Sungguh kita manusia ini makhluk yg lemah, marilah kita sama2 memperbetulkan kembali akhlak kita. Buang yg buruk amik yg jernih. 





Terdapat banyak ayat Al-Quran dan hadith Rasulullah s.a.w yang memberi peringatan dan panduan tentang adab dalam percakapan.


Antaranya Firman Allah S.W.T.maksudnya:


Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah membuat contoh ucapan yang baik(mengajak berbuat baik, menjauhi perbuatan salah) seperti sebatang pohon yang baik (subur) akar kuat (terjunam ke dalam tanah) dan cabangnya(menjulang tinggi) ke langit. Pohon itu berbuah terus dengan izin tuhannya. Allah menjadikan contoh-contoh itu untuk manusia supaya mereka ingat selalu. Dan contoh perkataan yang buruk (seperti memfitnah, berdusta, mengajak berbuat mungkar dan lain-lain) seperti pohon yang busuk [mati] yang tercabut akar-akarnya dari permukaan bumi tidak tegak berdiri lagi.
(Surah Ibrahim: 24-26)


'Wahai orang yang beriman Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain,(kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan ke’aiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik,)maka amatlah buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah ia beriman,Dan(ingatlah) sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang yang 
(Surah al-Hujurat:11)


Maksudnya:
'Wahai orang yang beriman! Janganlah kebanyakan daripada sangkaan(supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)sudah tentu kamu jijik kepadanya. (patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;sesungguhnya Allah Penerima taubat,lagi Maha Mengasihani.'
(Surah al-Hujurat:12)

Maksudnya:
Dan orang yang menyakiti orang mukmin,lelaki atau perempuan, tanpa adanya sesuatu yang mereka lakukan, maka orang yang menyakiti itu menanggung kebohongan dan dosa yang nyata.'
(Surah al-Ahzab : 58)

Maksudnya:
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kepada hamba-hamba-Ku (yang beriman), supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik (kepada orang yang menentang kebenaran); sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut antara mereka (Yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.'
(Surah al-Israa':53)

Maksudnya:
'Pergilah, kamu berdua kepada Fir'aun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah lembut,semoga ia beringat atau takut.'
(Surah Taha: 43-44)


Manakala sabda Rasulullah s.a.w pula:

Maksudnya:

'Perbuatan memaki hamun seorang mukmin merupakan perkara fasiq dan perbuatan memeranginya hukunmya kufur'
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
 Kedua-dua orang yang saling maki-memaki itu dosanya adalah atas orang yang memulai antara kedua-dua orang itu, sehingga yang dianiaya melanggar melebihi batas apa yang dikatakan oleh orang yang memulai tadi'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Seseorang mukmin bukan seseorang yang suka mencaci atau suka melaknat orang lain dan ia juga tidak bersifat jahat disamping ia tidak bersifat buruk.'
(Riwayat al Tirmidzi)

Maksudnya:

Dari Abu Zar r.a.,bahawasanya ia mendengar Rasulullah bersabda: 
Tidakkah seorang melemparkan kefasikan atau kekufuran kepada orang lain,melainkan akan kembalilah kefasikan atau kekufuran itu pada dirinya sendiri, jikalau yang dikatakan sedemikian itu bukan yang memiliki sifat tersebut.
(Riwayat al-Bukhari)

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
 'Tidak sewajarnya bagi orang yang jujur itu suka mengutuk.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: 
'Cukuplah keburukan seseorang dengan menghinakan saudaranya yang muslim.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:

Daripada Jundub bin Abdullah r.a., katanya;Rasulullah s.a.w. bersabda:
 'Ada seorang lelaki berkata: 'Demi Allah, Allah tidak akan memberikan pengampunan kepada si Fulan itu.' Allah azzawajalla lalu bersabda:'Siapakah yang berani menyumpah-nyumpah atas nama-Ku bahawa Aku tidak akan mengampuni si Fulan itu, sesungguhnya Aku telah mengampuni orang itu dan Aku menghapuskan pahala amalanmu yakni yang bersumpah tadi.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:

Sesungguhnya saya diutus Allah tidak menjadi pengutuk, tetapi hanyalah menjadi rahmat.'
(Riwayat Muslim)

Abu Darda' menceritakan bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: 'Sesungguhnya orang pengutuk tidak boleh menjadi saksi dan memberi pertolongan (bagi saudara-saudaranya) pada Hari Kiamat.'
(Riwayat Muslim)

Maksudnya:

Janganlah banyak bicara, jika tidak mengenai zikir Allah, maka sesungguhnya banyak bicara tanpa zikir Allah itu menjadikan hati pembicaranya kesat. Sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah pada hari Kiamat ialah orang yang kesat hati.'
(Riwayat at-Tirmidzi)


Maksudnya:

'Bersumber dari Abu Darda' r.a., ia berkata:Rasulullah s.a.w bersabda 'Sesungguhnya bila ada seseorang mengutuk sesuatu maka kutukan itu naik ke langit tetapi pintu~pintu langit itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut,kemudian kutukan itu turun ke bumi tetapi pintu-pintu bumi itu ditutup tidak mahu menerima kutukan tersebut, kemudian kutukan itu lari ke kanan dan ke kiri; apabila kutukan itu tidak mendapat tempat maka ia mencari orang yang dikutuknya,apabila orang itu patut mendapat kutukan maka ia kembali kepada orang yang mengucapkan kutukan tersebut.'
(Riwayat Abu Daud)

Maksudnya:
'Peliharalah lidahmu, kecuali tentang hal yang lebih baik, kerana sesungguhnya engkau dengan begitu telah mengalahkan syaitan!'
(Riwayat at-Tabarani)

Maksudnya:
Sesiapa yang menunjukkan kepada hal yang lebih baik maka bagaikan orang yang melakukannya dan sesiapa yang menunjukkan kepada yang lebih jahat maka ia bagaikan orang yang melakukannya.'
(Riwayat at-Tirmidzi)

Maksudnya:
Orang mukmin tidak suka mengutuk-ngutuk.'
(Riwayat at-Tirmidzi)

Monday, 17 March 2014

Kenapa Manusia Diuji Allah?

Assalamualaikum w.b.t

Dah msuk mggu ke 5 kuliah dah start sibuk skit.. alhamdulillah ak msih diberi ksempatan utk update blog ni...

Kenapa kita manusia diuji dalam pelbagai jenis bentuk?
jawapannya senang, iaitu supaya kita ingat kepadaNya...



mggu ni ak melalui pengalaman seperti kenyataan diatas.
Pada mggu lepas alhamdulillah ak telah diberi byak nikmat rezeki contohnya internship, fitness, dinner club TKD dan dipermudahkan pelajaran. Ak rasa senang hati sungguh.


Namun ak dapati diri ak semakin tenggelam dalam nikmat dunia, yg mgakibatkn ak perlahan-lahan menjadi pemalas dan 'short tempered' Erti kata lain perangai buruk ak yg dulu dok mai balik dah...

Mggu ni pulak ak diuji dengan masalah projek microprocessor. pada awalnya ak construct circuit tu elok n memang run ok ja. tp keesokannya xley run dah... dah pening nak kna troubleshoot.
Td lepas dengar kuliah maghrib td ak tersedar bahawa ada hikmahnya apabila kita ditimpa masalah, kerana pada masa itulah kita ak kembali mencari Allah S.W.T.



Dalil -Dalil tentang ujian Allah S.W.T  :



Manusia Bertanya : Kenapa aku diuji?

Al-Quran Menjawab :

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? 
(Surah Al-Ankabuut : 2).

“Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”. (Surah Al-Ankabuut : 3)


Manusia Bertanya : Kenapa aku tidak diuji sahaja dengan perkara-perkara yang baik?

Al-Quran Menjawab :

“…boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. 
(Surah Al-Baqarah : 216)



Manusia Bertanya : Kenapa aku diberi ujian seberat ini?

Al-Quran Menjawab :

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya……….” 
(Surah Al-Baqarah : 286)



Manusia Bertanya : Bolehkah aku kecewa?

Al-Quran Menjawab :

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman”. 
(Surah Ali Imraan : 139)


Manusia Bertanya : Bolehkah aku berputus asa ?

Al-Quran Menjawab :

“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”. 
(Surah Yusuf : 87)


Manusia Bertanya : Bagaimana cara menghadapi ujian hidup ini?

Al-Quran Menjawab :

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Surah Ali Imraan : 200)

“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”. 
(Surah Al-Baqarah : 45)


Manusia Bertanya : Bagaimana menguatkan hatiku?

Al-Quran Menjawab :

“….Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan melainkan Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakal…….” 
(Surah At-Taubah : 129)


Manusia Bertanya : Apa yang ku dapat dari semua ujian ini?

Al-Quran Menjawab :

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……….” 
(Surah At-Taubah : 111)

Thursday, 6 March 2014

Doa Selepas Solat

Assalamualaikum sahabat sekalian,

Selama ini selepas solat doa apa yang hampa slalu baca?
Ak selama ni main tiru doa imam yang ak igat ja. tuh pon x betul2 pasti tajwid dia. makna doa tu pon ak xtaw.astaghfirullah......
harini ak nak research pasal doa lepas solat lak. nak taw betul2 tajwid dan maknanya.

Berikut merupakan doa pilihan ak :







maksudnya :

" Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. 

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. 

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik. 

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. 

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. 

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. "





Andai kata ada tersalah apa2 mohon tegur yer komen jer kat blog ni. Moga ilmu yang ak dapat ini ilmu yang benar.




Solat Sunat Sebelum/Selepas Solat Fardhu

Assalamualaikum hadirin sekalian,

harini ak nk brcerita tentang solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
Selama ni ak xdaknya nak solat sunat nih sbb jarang ke masjid + jarang solat pada awal waktu...
Alhamdulillah sejak buka semester ni ak diberi kekuatan dan masa untuk ke masjid untuk solat fardhu.
Tp ak p solat fardhu jer lah.. ak usha orang lain dok wat solat sunat, tp ak x tahu solat sunat apa,erti kata lain 'jahil'
So harini lepas tamat sesi kuliah dan terlalu lewat untuk ber'taekwondo' ak pon wat research larh pasala solat sunat nih.

Solat Sunat Rawatib

terbahagi kepada 2 : - Qabliyyah (sebelum)
                              - Ba'diyyah (selepas)

tujuan solat sunat Rawatin adala sebagai pendamping atau pelengkap kepada solat fardhu. Makna kata lain menampung kekurangan ketika solat fardhu.

Sbb tu la afdhal untuk mlakukan solat ni, kita xtaw sma ada solat fardhu kita itu lengkap or 'perfect'. oleh itu baik lah kita cover balik ngan solat sunat rawatib




Solat sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :

2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
2 Rakaat selepas Isyak.


'Muakkad' tu apa?
- Sunat muakkad itu merujuk kepada sunat yang sangat digalakkan

Dalil mengenai solat sunat rawatib adalah seperti berikut :-


 رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” 
(HR Bukhari-Muslim, Bukhari)




عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.”
(Hadis riwayat Turmizi r.a.)




Dah jelas 'significant'nya solat sunat rawatib ni?

Sekarang kita belajar niatnya pulak.

Niat solat sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum solat fardhu) :-

"Sahaja ak solat sunat sebelum(zohor/asar/isyak/subuh) dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



Niat solat sunat Rawatib Ba'diyyah (selepas solat fardhu):-

"Sahaja ak solat sunat selepas(zohor/asar/isyak/subuh) dua rakaat kerana Allah Ta'ala"





Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas



Monday, 3 March 2014

Demi Masa

Assalamualaikum sahabat sekalian..

hampa ingat x tafsir surah Al-Asr?


"Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian
Kecuali orang-orang yang beriman dan eramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."

Serius ak katakan surah ni meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ak.
Usia ak sekarang 22 tahun namun apakah amalan ak sepanjang 22 tahun itu?
adakah kbyakan membawa kepada pahala atau pun dosa?
adakah sepanjang umur ak itu ak guna sebaiknya mencari ilmu agama dan kualiti imanku?
bagaimana pula dengan bacaan Al-Quran ak? dah cukupkah tajwidnya? ataupun masih tunggang langgang?

Sungguh ak termasuk dalam insan yang kerugian,
oleh itu ak akan gunakan saki baki hidupku di dunia ini untuk beribadah kepada mu ya Allah
Ampunkan segala dosa ku selami ini , dosa yang membazirkan usia muda ku dulu.
Ya Allah, permudahkanlah jalan hambamu ini dalam bertaubat kepada mu.


Thursday, 27 February 2014

Dengar Azan x?

Dalam kehidupan seharian hampa mesti akan terdengar laungan azan, Adakah anda menyahut seruan tersebut?

Ak kadang2 tuh tergerak la nak p masjid solat jemaah pas dengar azan tapi selaluya diri ini tidak mempunyai kerajinan..huhu
Mari kita sama2 beristiqamah untuk selalu solat berjemaah. insyaallah....
dengan ini ak lampirkan dalil2 berkaitan azan :



“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

[QS. Al-Jumu’ah:  62:9]


Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. 

(HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Wednesday, 19 February 2014

Hukum Kekemasan Diri

Assalamualaikum....

Hari ni nak crita sikit pasal kekemasan diri. Ak ni jenis malas nak sikat rambut n pakai baju lawa2...
xmampu tu salah satu sebab lah..

tp pasal rambut ni.... ak ingat dengan tidak menjaga kekemasan diri ak dapat elak dari sombong dan takbur lah. ak ingat benda baik lah untuk selekeh sikit....

Hari ni baru ak wat research pasal kekemasan diri. dan ternyata ak ni SALAH !!!....

Allah suka benda2 cantik, dan Allah memang suruh kita amanah terhadap tubuh badan yang dipinjamkan kita. Maknanya maw dok jaga la penampilan diri...



Bahkan nabi2 dahulu pun hensem2 belaka.. Dalam surah yusuf ada crita pasal ketampanan nabi yusuf.

Riwayat daripada Abdullah ibn Masud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

 “Tidak akan masuk syurga golongan yang di hatinya ada sebesar zarah kesombongan. Lalu seorang lelaki berkata kepada Baginda: Sesungguhnya orang lelaki suka berhias pada pakaian dan seliparnya. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan amat suka kepada kecantikan. Sesungguhnya sifat angkuh punca seseorang itu tidak boleh menerima kebenaran dan memandang rendah pada orang lain.” 
(Hadis riwayat Muslim)  



Nanti ak crita kat hampa pasal nabi yusuf lak.. ak pon baru rasa minat nak research pasal nabi yusuf ni. Hampa nak research gak? jom baca dan fahami tafsir surah yusuf dalam Al-Quran

Tuesday, 18 February 2014

Surah Al-Fatihah

Setiap kali solat gerenti kita baca surah ni.. maknanya hampa taw ka?
ka mcm ak gak yg msih kurang ilmu lg ni. 
Ak main baca ja dalam solat. maksud dia ak x brapa pasti. bkannya xtaw lgsg... 
hari ni ak nak hafal sebijik sebijik maksud dia supaya bila baca surah ni baru la khusyuk...

So ni lah research ak utk harini.. HAFAL !!!!


  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

2. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

3.  Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari kiamat)

4. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah dan kepad Engkau sahaja kami memohon      pertolongan

5 Tunjukilah kami jalan yang lurus

6. Iaitu jalan orang-orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-   orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sunday, 16 February 2014

Tidur di Tengah Hari (QAILULLAH)

sebagai seorang pelajar, kalau kelas penuh pagi hari, balik asrama tengah hari gerenti  nak tiduq kan? tp kalau sibuk sgat xjd gak.. huhuhu...




Tidur Tengah Hari merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.
Tapi tidur tu mestilah berniat untuk 'restore' tenaga untuk bangun beribadat di malam hari  (qiamullail)
Best o... ibadat tengah malam, dengan keadaan orang lain yang tengah tidur lagi senang untuk kita khusyuk..






Dalil mengenai Qailullah ini ialah :


وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)



Sabda Rasulullah ﷺ :

“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).


Selamat Beramal



Duduk Sunat dalam Solat

Semalam solat Asar ak perasan ssetengah orang tu lepas sujud terakhir rakaat pertama dia bangun dan duduk sat sebelum berdiri untuk rakaat kedua. Ak xtaw psal apa. So ak pon buat la research...
Rupa-rupanya duduk seketika itu adalah sunnah iaitu amalan Rasulullah S.A.W. Kedudukan itu dinamakan Duduk Istirahah


Duduk Istirahah

Duduk Istirahah adalah duduk sejenak sebelum bangkit untuk rakaat ke-2 dan ke-4. (kalau solat tu 4 rakaat spert zohor & asar). Erti kata lain setelah sujud terakhir rakaat yang ganjil. Duduk Istirahah ini hukumnya adalah sunat berdalilkan hadis :

"Bahawa ia melihat Rasulullah S.A.W menunaikan solat. Ketika baginda berada dalam rakaat yang ganjil dari solatnya, baginda tidak bangun (untuk rakaat seterusnya setelah bangkit dari sujud kedua) melainkan setelah duduk terlebih dahulu"

(Riwayat Imam al- Bukhari,Abu Daud, an-Nasai dan at-Tirmizi)

perhatian: Duduk Istirahah ni hanya duduk sekejap ja taw xdak bacaan doa atau zikir apa2. Dan posisi duduknya ialah posisi Duduk Iftirasy


Saturday, 15 February 2014

Kedudukan Duduk dalam Solat

Assalamualaikum, kali ini saya ingin sharekan cara2 duduk dalam solat. Selama ni ak amik ringan jer tiru-tiru orang kat masjid. Hari ni ak wat research dan mendapati :

Jenis duduk dalam solat ada 2 : duduk Iftirasy  &  duduk Tawarruk

   Sabda Rasulullah S.A.W :


"Dan apabila baginda duduk pada raka'at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk Iftirasy), dan jika beliau duduk pada raka'at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk Tawarruk)". (Hadis Riwayat Bukhari)


duduk Iftirasy




Kedudukan ketika tahiyat awal & antara dua sujud


duduk Tawaruk




Kedudukan ketika tahiyat akhir






Friday, 14 February 2014

Waktu Solat daerah Pekan Pahang

JOM  SOLAT... Kalau xtaw waktu solat nah tengok ni... untuk daerah Pekan Pahang jer lah... heeheheh


Fadhilat Solat Subuh Berjemaah




 Allah SWT berfirman maksudnya:


“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)




berdasarkan hadis :


“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)


“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”


“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)


“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)


“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Namaku MOHAMED ASHRAF BIN MOHAMED NOOR dilahirkan pada 20 Disember 1992 dan menetap di Bayan Baru,Pulau Pinang.

Saya berasa terpanggil untuk mencipta sebuah blog dimana kita boleh berkongsi pendapat dan nasihat. Saya dahulunya seorang yang tidak mementingkan hal agama, bahkan solat yang wajib pon x terjaga. Saya mendapati hidup saya terasa kosong dan tidak mendapat keberkatan. Segala pkerjaan yang saya lakukan mesti tidak menjadi, apabila saya renung kembali saya sedar kesilapan yang saya lakukan adalah mementingkan urusan dunia dan lalai dengan urusan akhirat.

Oleh itu sekarang saya cuba untuk menghijrahkan diri saya agar saya dapat menjadi seorang muslimin sejati yang berjaya di dunia dah diakhirat nant. انشأ الله