Thursday, 27 February 2014

Dengar Azan x?

Dalam kehidupan seharian hampa mesti akan terdengar laungan azan, Adakah anda menyahut seruan tersebut?

Ak kadang2 tuh tergerak la nak p masjid solat jemaah pas dengar azan tapi selaluya diri ini tidak mempunyai kerajinan..huhu
Mari kita sama2 beristiqamah untuk selalu solat berjemaah. insyaallah....
dengan ini ak lampirkan dalil2 berkaitan azan :



“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

[QS. Al-Jumu’ah:  62:9]


Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. 

(HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

No comments:

Post a Comment