Thursday, 6 March 2014

Solat Sunat Sebelum/Selepas Solat Fardhu

Assalamualaikum hadirin sekalian,

harini ak nk brcerita tentang solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.
Selama ni ak xdaknya nak solat sunat nih sbb jarang ke masjid + jarang solat pada awal waktu...
Alhamdulillah sejak buka semester ni ak diberi kekuatan dan masa untuk ke masjid untuk solat fardhu.
Tp ak p solat fardhu jer lah.. ak usha orang lain dok wat solat sunat, tp ak x tahu solat sunat apa,erti kata lain 'jahil'
So harini lepas tamat sesi kuliah dan terlalu lewat untuk ber'taekwondo' ak pon wat research larh pasala solat sunat nih.

Solat Sunat Rawatib

terbahagi kepada 2 : - Qabliyyah (sebelum)
                              - Ba'diyyah (selepas)

tujuan solat sunat Rawatin adala sebagai pendamping atau pelengkap kepada solat fardhu. Makna kata lain menampung kekurangan ketika solat fardhu.

Sbb tu la afdhal untuk mlakukan solat ni, kita xtaw sma ada solat fardhu kita itu lengkap or 'perfect'. oleh itu baik lah kita cover balik ngan solat sunat rawatib




Solat sunat Rawatib yang "Muakkad" adalah 10 rakaat seperti berikut :

2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
2 Rakaat selepas Isyak.


'Muakkad' tu apa?
- Sunat muakkad itu merujuk kepada sunat yang sangat digalakkan

Dalil mengenai solat sunat rawatib adalah seperti berikut :-


 رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
 Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2 rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” 
(HR Bukhari-Muslim, Bukhari)




عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
 Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat  selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.”
(Hadis riwayat Turmizi r.a.)




Dah jelas 'significant'nya solat sunat rawatib ni?

Sekarang kita belajar niatnya pulak.

Niat solat sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum solat fardhu) :-

"Sahaja ak solat sunat sebelum(zohor/asar/isyak/subuh) dua rakaat kerana Allah Ta'ala"



Niat solat sunat Rawatib Ba'diyyah (selepas solat fardhu):-

"Sahaja ak solat sunat selepas(zohor/asar/isyak/subuh) dua rakaat kerana Allah Ta'ala"





Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat 1:  Surah al-Kafirun
Rakaat 2:  Al-Ikhlas



3 comments:

  1. keep it up ustaz-to-be acap..hehe

    ReplyDelete
  2. semoga istiqamah kawan..,,biasala iman kita ada naik turun,,sentiasalah kita berdoa supaya beristiqamah dalam beragama..,,huhuhu..,gud job acap..

    ReplyDelete
  3. insyaallah...
    ak masih dlam usaha untuk beristiqamah...
    ak harap ak dah x tpesong dah...
    dah 22tahun ak mmbazir...

    ReplyDelete