Rupa-rupanya duduk seketika itu adalah sunnah iaitu amalan Rasulullah S.A.W. Kedudukan itu dinamakan Duduk Istirahah
Duduk Istirahah
Duduk Istirahah adalah duduk sejenak sebelum bangkit untuk rakaat ke-2 dan ke-4. (kalau solat tu 4 rakaat spert zohor & asar). Erti kata lain setelah sujud terakhir rakaat yang ganjil. Duduk Istirahah ini hukumnya adalah sunat berdalilkan hadis :
"Bahawa ia melihat Rasulullah S.A.W menunaikan solat. Ketika baginda berada dalam rakaat yang ganjil dari solatnya, baginda tidak bangun (untuk rakaat seterusnya setelah bangkit dari sujud kedua) melainkan setelah duduk terlebih dahulu"
(Riwayat Imam al- Bukhari,Abu Daud, an-Nasai dan at-Tirmizi)
perhatian: Duduk Istirahah ni hanya duduk sekejap ja taw xdak bacaan doa atau zikir apa2. Dan posisi duduknya ialah posisi Duduk Iftirasy
No comments:
Post a Comment