Thursday, 27 February 2014

Dengar Azan x?

Dalam kehidupan seharian hampa mesti akan terdengar laungan azan, Adakah anda menyahut seruan tersebut?

Ak kadang2 tuh tergerak la nak p masjid solat jemaah pas dengar azan tapi selaluya diri ini tidak mempunyai kerajinan..huhu
Mari kita sama2 beristiqamah untuk selalu solat berjemaah. insyaallah....
dengan ini ak lampirkan dalil2 berkaitan azan :



“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

[QS. Al-Jumu’ah:  62:9]


Sabda Rasulullah s.a.w.: Seberat-berat sembahyang atas para muniafiqin ialah sembahyang Isyak dan sembahyang subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalam dua sembahyang berkenaan, tentulah mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak. Demi Allah, sesungguhnya mahu sahaja aku memerintahkan orang mendirikan sembahyang berjamaah bersama para hadirin, kemudian aku pergi dengan beberapa yang membawa kayu api kepada orang yang tidak menghadirinya, lalu aku bakar rumah-rumah mereka, sedangkan mereka berada di dalamnya. 

(HR Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah)

Wednesday, 19 February 2014

Hukum Kekemasan Diri

Assalamualaikum....

Hari ni nak crita sikit pasal kekemasan diri. Ak ni jenis malas nak sikat rambut n pakai baju lawa2...
xmampu tu salah satu sebab lah..

tp pasal rambut ni.... ak ingat dengan tidak menjaga kekemasan diri ak dapat elak dari sombong dan takbur lah. ak ingat benda baik lah untuk selekeh sikit....

Hari ni baru ak wat research pasal kekemasan diri. dan ternyata ak ni SALAH !!!....

Allah suka benda2 cantik, dan Allah memang suruh kita amanah terhadap tubuh badan yang dipinjamkan kita. Maknanya maw dok jaga la penampilan diri...



Bahkan nabi2 dahulu pun hensem2 belaka.. Dalam surah yusuf ada crita pasal ketampanan nabi yusuf.

Riwayat daripada Abdullah ibn Masud, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:

 “Tidak akan masuk syurga golongan yang di hatinya ada sebesar zarah kesombongan. Lalu seorang lelaki berkata kepada Baginda: Sesungguhnya orang lelaki suka berhias pada pakaian dan seliparnya. Baginda menjawab: Sesungguhnya Allah SWT itu cantik dan amat suka kepada kecantikan. Sesungguhnya sifat angkuh punca seseorang itu tidak boleh menerima kebenaran dan memandang rendah pada orang lain.” 
(Hadis riwayat Muslim)  



Nanti ak crita kat hampa pasal nabi yusuf lak.. ak pon baru rasa minat nak research pasal nabi yusuf ni. Hampa nak research gak? jom baca dan fahami tafsir surah yusuf dalam Al-Quran

Tuesday, 18 February 2014

Surah Al-Fatihah

Setiap kali solat gerenti kita baca surah ni.. maknanya hampa taw ka?
ka mcm ak gak yg msih kurang ilmu lg ni. 
Ak main baca ja dalam solat. maksud dia ak x brapa pasti. bkannya xtaw lgsg... 
hari ni ak nak hafal sebijik sebijik maksud dia supaya bila baca surah ni baru la khusyuk...

So ni lah research ak utk harini.. HAFAL !!!!


  • Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
1. Segala puji bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

2. Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

3.  Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari kiamat)

4. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang kami sembah dan kepad Engkau sahaja kami memohon      pertolongan

5 Tunjukilah kami jalan yang lurus

6. Iaitu jalan orang-orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-   orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Sunday, 16 February 2014

Tidur di Tengah Hari (QAILULLAH)

sebagai seorang pelajar, kalau kelas penuh pagi hari, balik asrama tengah hari gerenti  nak tiduq kan? tp kalau sibuk sgat xjd gak.. huhuhu...




Tidur Tengah Hari merupakan sunnah Rasulullah S.A.W.
Tapi tidur tu mestilah berniat untuk 'restore' tenaga untuk bangun beribadat di malam hari  (qiamullail)
Best o... ibadat tengah malam, dengan keadaan orang lain yang tengah tidur lagi senang untuk kita khusyuk..






Dalil mengenai Qailullah ini ialah :


وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)



Sabda Rasulullah ﷺ :

“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).


Selamat Beramal



Duduk Sunat dalam Solat

Semalam solat Asar ak perasan ssetengah orang tu lepas sujud terakhir rakaat pertama dia bangun dan duduk sat sebelum berdiri untuk rakaat kedua. Ak xtaw psal apa. So ak pon buat la research...
Rupa-rupanya duduk seketika itu adalah sunnah iaitu amalan Rasulullah S.A.W. Kedudukan itu dinamakan Duduk Istirahah


Duduk Istirahah

Duduk Istirahah adalah duduk sejenak sebelum bangkit untuk rakaat ke-2 dan ke-4. (kalau solat tu 4 rakaat spert zohor & asar). Erti kata lain setelah sujud terakhir rakaat yang ganjil. Duduk Istirahah ini hukumnya adalah sunat berdalilkan hadis :

"Bahawa ia melihat Rasulullah S.A.W menunaikan solat. Ketika baginda berada dalam rakaat yang ganjil dari solatnya, baginda tidak bangun (untuk rakaat seterusnya setelah bangkit dari sujud kedua) melainkan setelah duduk terlebih dahulu"

(Riwayat Imam al- Bukhari,Abu Daud, an-Nasai dan at-Tirmizi)

perhatian: Duduk Istirahah ni hanya duduk sekejap ja taw xdak bacaan doa atau zikir apa2. Dan posisi duduknya ialah posisi Duduk Iftirasy


Saturday, 15 February 2014

Kedudukan Duduk dalam Solat

Assalamualaikum, kali ini saya ingin sharekan cara2 duduk dalam solat. Selama ni ak amik ringan jer tiru-tiru orang kat masjid. Hari ni ak wat research dan mendapati :

Jenis duduk dalam solat ada 2 : duduk Iftirasy  &  duduk Tawarruk

   Sabda Rasulullah S.A.W :


"Dan apabila baginda duduk pada raka'at kedua (tahiyat awal), maka baginda duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan (duduk Iftirasy), dan jika beliau duduk pada raka'at terakhir, maka beliau mengedepankan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanan, dan duduk di atas tempat duduknya (duduk Tawarruk)". (Hadis Riwayat Bukhari)


duduk Iftirasy




Kedudukan ketika tahiyat awal & antara dua sujud


duduk Tawaruk




Kedudukan ketika tahiyat akhir






Friday, 14 February 2014

Waktu Solat daerah Pekan Pahang

JOM  SOLAT... Kalau xtaw waktu solat nah tengok ni... untuk daerah Pekan Pahang jer lah... heeheheh


Fadhilat Solat Subuh Berjemaah




 Allah SWT berfirman maksudnya:


“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas.” (Surah al-Kahfi, ayat 28)




berdasarkan hadis :


“Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka.” (Hadis riwayat Muslim)


“Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya).”(Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”


“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.” (Hadis riwayat Muslim)


“Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)


“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


“Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)





بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...

Namaku MOHAMED ASHRAF BIN MOHAMED NOOR dilahirkan pada 20 Disember 1992 dan menetap di Bayan Baru,Pulau Pinang.

Saya berasa terpanggil untuk mencipta sebuah blog dimana kita boleh berkongsi pendapat dan nasihat. Saya dahulunya seorang yang tidak mementingkan hal agama, bahkan solat yang wajib pon x terjaga. Saya mendapati hidup saya terasa kosong dan tidak mendapat keberkatan. Segala pkerjaan yang saya lakukan mesti tidak menjadi, apabila saya renung kembali saya sedar kesilapan yang saya lakukan adalah mementingkan urusan dunia dan lalai dengan urusan akhirat.

Oleh itu sekarang saya cuba untuk menghijrahkan diri saya agar saya dapat menjadi seorang muslimin sejati yang berjaya di dunia dah diakhirat nant. انشأ الله