Monday, 28 April 2014

Nasihat buat Adik-adikku

Assalamualaikum w.b.t

wahai adik-adikku, ak ingin mintak maaf terlebih dahulu sekiranya teguranku ni mengguris hati korang.
       Ak mintak maaf jika selama ni ak menjauhkan diri dari korang. tapi ada sebab disebalik tindakan sebegitu. Ak bukanlah seorang yang alim, tapi ak tahu tggjwab keatas ak apabila tidak menegur kemungkaran dihadapan dan apatah lagi kemungkaran yg dilakukan oleh sseorg yg rapat dgn ak.
     
       Ak tahu adik-adikku cantik belaka, namun janganlah terlalu ditunjukkan kecantikkanmu itu. Perliharalah ia untuk suamimu di masa depan.
    Ak risau ngn korang lebih2 lagi bila korang bergambar. takot gmbar tu suatu hari nant membawa kepada fitnah. kacau rumah tgga korg nant. Lelaki mana yg x terasa apabila tgok gmbar isteri diorg x mnutup aurat dan rapat2 dgn lelaki lain

Disini ak lampirkan dalil-dalil mengenai kewajipan menutup aurat


 Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan – umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.
[Surah an-Nur, ayat 31]

 Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.”
 [Hadis riwayat Muslim dan Bukhari]




Sejujurnya ak ingin mengenali korang dgn lebih rapat. Namun, ak msih lagi insan yang lemah, dah bertimbun dosa atas ak ni, Ak harap korang x terasa k. xpe korang bole berubah secara perlahan-lahan. Tapi ingat ini hanya sementara pintu taubat masih terbuka. Ak pon dalam proses berhijrah ke arah yang lebih baik. Jom sama2 kita berubah. Insyaallah kita dapat bersama2 mencari pahala dan redha ALLAH S.W.T...



p.s : ak akan beri hadiah kepada korang bila ak dah nampak usaha untuk korang berubah. MAHAL pya hadiah
SERIUS

Monday, 21 April 2014

SUJUD SAHWI

assalamualaikum.....
alhamdulillah skli ak diberi kesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu bersama kalian...

hampa pernah x terlupa baca doa qunut masa solat subuh?
ini terjadi pada ak pagi td. ak dah perasana ak lupa baca doa qunut so lepas baca tahiyyat akhir ak buat la sujud sahwi 1 sujud ja.. ak igat betul dah....



namun ternyata ilmuku tntg sujud sahwi masih belum myeluruh.
jom sama2 kita baca mengenai sujud sahwi ni.






Sujud Sahwi adalah “sujud tambahan”  karena lupa, maksudnya sujud dua kali karena ragu atau terlupa salah satu rukun shalat, baik kelebihan maupun kekurangan dalam melaksanakannya. Sedang hukumnya adalah sunat mu’akad.

“Dari Abdullah bin Buhainah Al-Asdiy bahwasanya Rasulullah sallallahu alayhi wasallam pernah bangkit berdiri dalam shalat Dhuhur padahal mestinya duduk (attahiyyat awwal), maka setelah selesai shalat, dalam keadaan duduk sebelum salam beliau bersujud dua kali, dan beliau bertakbir pada tiap-tiap sujud dan para makmum juga mengerjakan sebagaimana yang dikerjakan beliau untuk mengganti duduk (attahiyyat) yang terlupa itu.” 
 (HR. Muslim 1 : 399)


BILANGAN SUJUD
Sujud sahwi dilakukan sebanyak dua kali sujud dan pada kedua-dua sujud tersebut hendaklah dibaca tasbih berikut :



سُبْحَانَ مَن لاَيَنَامُ وَلايَسْهُو

Maksudnya: “Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”



So kesilapan ak sujud sahwi tadi adalah kerana ak sujud sekali sahaja..
igat taw kawan2... sujud sahwi ini selepas tahiyyat akhir dan sebelum memberi salam.

Saturday, 12 April 2014

Ampunilah aku Ya Allah

Assalamualaikum,

Sungguh diriku ni lemah, kadang kala terbabas jgak ke lembah dosa. ak berasa sangat malu dengan kelemahan imanku ini. Ak hya mampu memohon kemaafan daripada Allah S.W.T


Hadis ke 42 Hadis Imam Nawawi

Dari Anas r.a dia berkata: Saya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Allah Ta’ala berfirman:

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu).

Wahai anak Adam seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau.

Wahai anak Adam sesungguhnya jika engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan sepenuh itu pula ampunan”

(Riwayat Tarmizi)

Aku takkan mengalah dalam megukuhkan imanku, Moga suatu hari nant ak berjaya memiliki iman yg kekal dimana dpt menepis hasutan syaitan dan nafsu ku.
Sementara itu, ak hya mampu memohon kemaafan drpd Allah S.W.T



Sahabat..... doakan lah perjuangan diriku yg lemah ini.

Saturday, 5 April 2014

Kesibukan Dunia

Assalamualaikum hadirin sekalian,
Alhamdulillah.. akhirnya hari ini ak diberi kesempatan untuk menulis lg di blog ni setelah nk dkat sebulan x update...

2-3 mggu lepas ak sibuk dengan pelbagai event..Takwondo tournament, project microprocessor, Test, Test, Test,Test, Test dan Test.... dlm smggu dan upgrading TKD...

Alhamdulillah... segala urusan ak telah dipermudahkan Allah S.W.T dan di berikan secebis nikmatnya...

Tournament Taekwondo ak berjaya mendapatkn dua medal, kedua-duanya dalam ketegori sparing (individu dan kumpulan).. Padahal dlm kategori ni ada 2 org  black belt.. Ak ni baru blue belt ==... kategori pulak heavy weight... FYI berat ak msa tu 79kg peserta lain2 average 90kg. bayangkanlah peritnya apabila diasak raksasa2 tu... Alhamdulillah ak berjaya jugak harungi shingga ke final. Dan Final ak ada 2 kategori, kumpulan dan individu

Mula2 kategori kumpulan, ak kna fight 2 match yg opponent dia.. tuuuu...diaaaa... 100++ kilo.
dan akhirnya ak tewas pada sorg yg bersaiz gorilla (Fit) dan dgar kata dia wakil sukma angkat berat negeri kelantan. Berat dia 110kg, bayangkan......

Then kategori indvidu, match final individu ni ak terpaksa biarkan kalah, sebab badan ak dah x bermaya (injured) stelah dihentam gorilla td.

Ni gambar medal ak dalam kategori separing  tahun lepas dan tahun ni.
p.s: Gold tu tahun lepas


Selesai tournament TKD, mula lah mggu yg penuh dgan Test... 5 subject ak test dalam seminggu.
Tapi alhmdlillah. ak rasa tenang dan bole jawap kebanyakannya. Dan project microp ak satge 1 dah selesai tanpa msalah...

Semalam pulak ak ada upgrading TKD untuk naik level tali pinggang. Alhamdulillah... ak dapat double promotion.. dari blue belt, ak trus jump ke red belt... Ni betul2 pya rezeki, ak practice 2 mggu jer.. tp tiap2 hari lah... Now i'm a Red belt fighter !!!

Blue belt yg byak kenangan

 
Alhamdulillah... dalam kesibukan dan kesakitan dalam urusan ak, ak msih berdisiplin dalam solatku. Solat jemaah mghrib dan isyak di masjid msih ak dpt kekalkan dalam khidupan seharian. Bg ak, semua aktvt yg ak lakukan ni adalah kerana Allah S.W.T. bermain TKD utk menyihatkan tubuh utk beribadat, Study untuk mggunakan ilmu tersebut memartabatkan agama Islam. Sungguh hidup dan matiku hanya untuk Allah S.W.T....